ad
ADN

DUN Sungai Air Tawar agih 153 baucar beli-belah sempena Deepavali

14 Okt 2024, 1:46 AM
DUN Sungai Air Tawar agih 153 baucar beli-belah sempena Deepavali

SHAH ALAM, 14 OKT: Sebanyak 153 baucar Jom Shopping sempena sambutan Deepavali diagihkan kepada penerima sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Air Tawar, semalam.

Wakil rakyatnya Datuk Rizam Ismail berkata agihan bernilai RM200 dibuat di Pasar Raya TF, Sungai Besar bermula jam 9 pagi bagi meringankan beban kaum India membuat persiapan.

“(Keseluruhan) sebanyak 300 baucar diperuntuk di DUN Sungai Air Tawar. Penerima perlu membuat tuntutan di Pasar Raya TF sebelum 30 Oktober,” katanya kepada Media Selangor.

Pada masa sama, beliau berharap bantuan daripada Kerajaan Negeri itu menggembirakan dan memupuk semangat perpaduan penduduk ketika menyambut perayaan berkenaan.

Sebelum ini, EXCO Pembasmian Kemiskinan V Papparaidu berkata sebanyak 22,000 baucar Jom Shopping bernilai RM200 bakal diagih kepada golongan memerlukan sempena Deepavali hujung bulan ini.

Belanjawan tahun ini memperuntuk RM16.48 juta bagi memanfaatkan 82,400 penerima selepas nilai baucar dinaikkan dari RM100 ke RM200 berikutan situasi ekonomi dan keperluan rakyat.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.