ad
BERITA UTAMA

Caj 20 sen beg plastik bantu Selangor pelihara alam sekitar

13 Okt 2024, 12:50 PM
Caj 20 sen beg plastik bantu Selangor pelihara alam sekitar
Caj 20 sen beg plastik bantu Selangor pelihara alam sekitar

HULU SELANGOR, 13 OKT: Caj 20 sen yang dikuatkuasakan Kerajaan Negeri merupakan satu-satunya kaedah kawalan dan pendidikan bagi mengurangkan penggunaan beg plastik setakat ini.

EXCO alam sekitar berkata hasil kutipan dimanfaat bagi menganjur program atau aktiviti berkait alam sekitar termasuk kitar semula atau program penjagaan sumber air, hutan dan laut.‬

Jamaliah Jamaluddin menjelaskan pihak berkuasa tempatan (PBT) turut memainkan peranan dan menyokong usaha Kerajaan Negeri dalam memulihara ekosistem alam sekitar.

[caption id="attachment_667947" align="alignnone" width="823"] Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan berangkat ke majlis Perasmian Karnival Alam Sekitar Selangor 2024 di Taman Tasik Millenium, Hulu Selangor pada 13 Oktober 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

‭”Majlis menggalakkan premis perniagaan menyediakan beg kita kitar semula dan dijual pada harga berpatutan atau menggunakan plastik jenis biodegradasi.

“PBT juga sentiasa mempromosi kempen bebas plastik di setiap acara mereka dan turut menjadikan beg kitar semula sebagai sumbangan kepada komuniti,” katanya.

Beliau yang berucap di Karnival Alam Sekitar Negeri Selangor hari ini menyatakan PBT turut menganjur progam bawa beg sendiri ke bazar Ramadan sepanjang bulan puasa.

“Mereka berikan insentif berbentuk kupon kepada pengunjung bazar yang membawa beg sendiri,” katanya.

Pada Julai, Jamaliah memaklumkan sebanyak RM38 juta dikumpul hasil daripada caj 20 sen untuk setiap penggunaan beg plastik dalam tempoh tiga tahun dari 2020 hingga tahun lepas.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.