ad
AGENDA

Cerun runtuh, Jalan Tengkolok di Cameron Highlands ditutup

13 Okt 2024, 11:09 AM
Cerun runtuh, Jalan Tengkolok di Cameron Highlands ditutup

KUANTAN, 13 OKT: Laluan Jalan Tengkolok, Seksyen 0.40, di lokasi 50 meter sebelum simpang Perumahan Makmur Cameron Jaya (PRIMA) Tanah Rata, Cameron Highlands ditutup kepada semua jenis kenderaan bermula hari ini ekoran kejadian cerun runtuh.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Cameron Highlands dalam kenyataan memaklumkan laluan berkenaan ditutup sehingga tarikh yang akan diberitahu kelak dan kerja-kerja pembersihan sisa runtuhan sedang giat dijalankan.

“Pengguna jalan raya dinasihatkan mematuhi arahan papan tanda keselamatan yang disediakan. Segala kesulitan atau pertanyaan boleh berhubung dengan pihak JKR Cameron Highlands menerusi talian 05-4911 105,” menurut kenyataan itu.

-BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.