ad
AGENDA

Penempatan selatan Lubnan diserang, empat pekerja perubatan cedera

13 Okt 2024, 10:00 AM
Penempatan selatan Lubnan diserang, empat pekerja perubatan cedera

MOSCOW, 13 OKT: Tentera Israel menyerang sebuah penempatan bangunan di selatan Lubnan ketika kru ambulans sedang menjalankan tugas di lokasi itu, menurut Palang Merah Lubnan pada Ahad, sambil menambah bahawa empat pekerja perubatan cedera, lapor Sputnik.

"Berikutan serangan udara ke atas sebuah rumah di Sirbine, Selatan Lubnan pada Ahad, 13 Okt, 8 pagi (0500 GMT), pasukan ambulans Palang Merah Lubnan telah dikerahkan ke lokasi dengan kerjasama UNIFIL. Semasa pasukan sedang mencari mangsa untuk diselamatkan, rumah itu diserang sekali lagi, mengakibatkan gegaran otak kepada sukarelawan dan kerosakan pada dua ambulans. Para sukarelawan yang mengalami kecederaan ringan dibawa ke hospital dan berada dalam keadaan baik," kata Palang Merah Lubnan di platform X.

Serangan itu mencederakan empat pekerja perubatan, menurut kenyataan itu.

-BERNAMA-SPUTNIK

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.