ad
PBT

MPAJ alih dua kenderaan, JPS baik pulih tebing anak sungai runtuh

13 Okt 2024, 8:40 AM
MPAJ alih dua kenderaan, JPS baik pulih tebing anak sungai runtuh

SHAH ALAM, 13 OKT: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) mengalihkan dua kenderaan yang terbabit dalam kejadian tebing anak sungai runtuh di Taman Lembah Maju, Ampang dekat sini malam tadi.

MPAJ menerusi kenyataan memaklumkan turut Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) akan melaksanakan pembaikan struktur tebing anak Sungai Kerayong yang rosak itu.

“Hujan berpanjangan semalam sekitar 7.15 malam mengakibatkan tebing anak Sungai Kerayong runtuh di Taman Lembah Maju. Kejadian tidak menyebabkan sebarang kecederaan namun terdapat dua kenderaan hampir jatuh.

“MPAJ melalui Skuad Pantas telah bertindak membuat kawalan lalu lintas dan turut melaksanakan kerja-kerja menarik kenderaan tersebut dari lokasi kejadian menggunakan trak tunda,” katanya.

MPAJ juga mengingatkan penduduk supaya bersiap sedia menghadapi sebarang bencana terutamanya ketika musim peralihan monsun dan musim tengkujuh yang diikuti hujan lebat dan angin kuat.

"Sekiranya terdapat berlaku sebarang bencana orang ramai boleh memghubungi Skuad Pantas di talian 03-4285 7333," katanya.

Semalam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor memaklumkan dua kenderaan termasuk sebuah lori pikap mengalami kerosakan berikutan kejadian tanah runtuh susulan hujan lebat di Taman Lembah Maju.

Penolong pengarah operasinya Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.14 petang dan setibanya di lokasi mendapati terdapat tanah runtuh berketinggian 10 meter serta dua kenderaan hampir masuk ke dalam tebing sungai.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.