ad
AGENDA

Tengku Amir Shah berkenan rasmi karnival alam sekitar, sambut ulang tahun MPHS

13 Okt 2024, 6:04 AM
Tengku Amir Shah berkenan rasmi karnival alam sekitar, sambut ulang tahun MPHS
Tengku Amir Shah berkenan rasmi karnival alam sekitar, sambut ulang tahun MPHS
Tengku Amir Shah berkenan rasmi karnival alam sekitar, sambut ulang tahun MPHS
Tengku Amir Shah berkenan rasmi karnival alam sekitar, sambut ulang tahun MPHS
Tengku Amir Shah berkenan rasmi karnival alam sekitar, sambut ulang tahun MPHS

HULU SELANGOR, 13 OKT: Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor berkenan menamakan seekor anak tapir betina yang dilahirkan Julai lalu sempena Karnival Alam Sekitar Negeri Selangor hari ini.

Tengku Amir Shah berkenan menamakan ‘Langit’ kepada anak Tapir Malaya itu yang kini berusia lebih tiga bulan selepas dilahirkan di Pusat Konservasi Tapir Sungai Dusun, dekat sini.

[caption id="attachment_667941" align="aligncenter" width="998"] Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan melihat anak tapir diberi nama Langit ketika majlis Perasmian Karnival Alam Sekitar Selangor 2024 di Taman Tasik Millenium, Hulu Selangor pada 13 Oktober 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Baginda diiringi EXCO Alam Sekitar turut berkenan menyambut ulang tahun ketiga Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) dengan memotong pulut kuning bersama Yang Dipertuanya Julaihah Jamaluddin.

Sementara itu Jamaliah Jamaluddin berkata sambutan bertujuan‬‭ menggalakkan masyarakat untuk‬‭ bersama-sama meraikan‬‭ semangat‬‭ cintakan alam‬‭ sekitar.‬‭

“Sambutan‬‭ ini‬ juga menyokong usaha‬ pemeliharaan‬‭ dan‬‭ pemuliharaan‬‭ alam‬‭ sekitar selain‬‭ menjadi peringatan‬‭ kepada‬‭ semua‬‭ tentang‬‭ tanggungjawab‬ terhadap bumi dan alam sekitar,” katanya.

[caption id="attachment_667942" align="aligncenter" width="959"] Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan beramah mesra bersama rakyat ketika majlis Perasmian Karnival Alam Sekitar Selangor 2024 di Taman Tasik Millenium, Hulu Selangor pada 13 Oktober 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

[caption id="attachment_667944" align="aligncenter" width="1276"] Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan melawat reruai pameran ketika majlis Perasmian Karnival Alam Sekitar Selangor 2024 di Taman Tasik Millenium, Hulu Selangor pada 13 Oktober 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

[caption id="attachment_667947" align="aligncenter" width="1117"] Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan berangkat ke majlis Perasmian Karnival Alam Sekitar Selangor 2024 di Taman Tasik Millenium, Hulu Selangor pada 13 Oktober 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.