KLANG, 12 OKT: Pelajar yang melanjutkan pengajian ke luar negara diingat tidak melupakan pengamalan Islam di negara ini yang bersifat sederhana serta meraikan perbezaan pandangan.
Dato’ Menteri Besar turut mengingatkan golongan itu tidak terpengaruh dengan fahaman sesat atau ekstremisme yang berbeza dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah dan mazhab empat imam muktabar.
“Ingin saya pesan kepada bakal graduan ini untuk terus mencari pengalaman dan belajar akan kepelbagaian budaya Islam yang universal ini di luar sana.
“Yang penting adalah mesej utama dalam al-Quran itu harus dipegang dan disebarkan kepada masyarakat iaitu mentauhidkan Allah SWT, mengangkat martabat hidup manusia, mensucikan jiwa dan menegakkan keadilan buat semua pihak,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari.
Ucapan berkenaan dibacakan EXCO Agama Islam Dr Fahmi Ngah yang mewakili Amirudin merasmikan Majlis Konvokesyen Kolej Hafiz ke-21 dan kualiti pelajar cemerlang 2024.
[caption id="attachment_667813" align="aligncenter" width="700"] EXCO Agama Islam Selangor Dr Fahmi Ngah menyampaikan ucapan pada Majlis Perasmian Konvokesyen Kali Ke-21 Dan Anugerah Kualiti Pelajar Cemerlang 2024/1446 Maahad / Kolej Hafiz di Centro Mall, Klang pada 12 Oktober 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]
Sementara itu ketua pegawai eksekutif Kolej Hafiz berkata seramai 30 pelajar diploma al-Quran dan qiraat menerima diraikan bersama 35 yang berjaya menghabiskan hafazan 30 juzuk.
“Kita turut raikan pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia yang menerima 7A ke atas selain pelajar peringkat menengah, rendah dan tadika yang mencatatkan keputusan cemerlang pada peperiksaan pertengahan tahun.
“Semua mereka merupakan pelajar pusat tahfiz yang ada jaringan dengan Kolej Hafiz. Kira-kira 1,000 ibu bapa turut hadir memeriahkan majlis ini,” kata Hafiz Haneefa.
[caption id="attachment_667814" align="aligncenter" width="700"] EXCO Agama Islam Selangor Dr Fahmi Ngah (tengah) menyampaikn sijil kepada pelajar ketika hadir pada Majlis Perasmian Konvokesyen Kali Ke-21 Dan Anugerah Kualiti Pelajar Cemerlang 2024/1446 Maahad / Kolej Hafiz di Centro Mall, Klang pada 12 Oktober 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_667815" align="aligncenter" width="700"] EXCO Agama Islam Selangor Dr Fahmi Ngah (tengah) menyampaikn sijil kepada pelajar ketika hadir pada Majlis Perasmian Konvokesyen Kali Ke-21 Dan Anugerah Kualiti Pelajar Cemerlang 2024/1446 Maahad / Kolej Hafiz di Centro Mall, Klang pada 12 Oktober 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]