SHAH ALAM, 12 OKT: Kerajaan Negeri pergiat pemantauan kawasan titik panas dan melaksana penambahbaikan projek ban serta mitigasi banjir di seluruh Selangor.
EXCO Pengurusan Bencana Najwan Halimi memaklumkan keputusan itu dimuktamadkan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) baru-baru ini.
“Dalam mesyuarat itu, kita memutuskan untuk memantau dan menambah baik projek ban dan mitigasi banjir yang sedang dilaksana khususnya ketika fenomena air pasang besar yang dijadual berlaku minggu depan.
[caption id="attachment_667761" align="alignleft" width="359"] EXCO Sukan, Najwan Halimi bercakap kepada media ketika Majlis Perasmian Sambutan Hari Sukan Negara (HSN2024) Peringkat Selangor di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam pada 12 Oktober 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR[/caption]
“Selain itu, kita juga terus memantau kawasan titik panas yang sering berdepan banjir kilat selain bersiap sedia menggerakkan pihak berkuasa tempatan (PBT) sekiranya berlaku bencana.
“Persiapan pengurusan menghadapi bencana telah dilakukan awal termasuk membuat simulasi bersama PBT dan pejabat daerah, keselamatan penduduk menjadi keutamaan,” katanya ditemui pada majlis perasmian Hari Sukan Negara (HSN) 2024 peringkat negeri di Dataran Kemerdekaan hari ini.
Sebelum ini, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri memaklumkan fenomena yang diramal berakhir pada 31 Oktober itu dijangka mencatat bacaan paras air laut 5.8 meter, tertinggi bagi tahun ini.
Jelas agensi itu, fenomena air pasang besar itu dijangka mencatat paras air laut setinggi 5.4 meter jam 4.53 pagi 16 Oktober diikuti 17 Oktober dengan paras air laut 5.7 meter jam 5.38 pagi dan 5.1 meter jam 5.51 petang.
Bacaan paras air laut tertinggi direkodkan 5.8 meter jam 6.17 pagi dan 5.2 meter jam 6.36 petang pada 18 Oktober, diikuti 5.7 meter jam 6.54 pagi dan 5.2 meter jam 7.15 petang pada keesokan hari.
Dalam perkongsian infografik, pada 20 Oktober bacaan paras air laut dijangka 5.5 meter jam 7.29 pagi dan 5 meter jam 7.52 petang, dengan keesokannya bacaan paras air laut setinggi 5.1 meter jam 8.03 pagi.
[caption id="attachment_667758" align="aligncenter" width="1194"] Pemain bola keranjang beraksi ketika Majlis Sambutan Hari Sukan Negara (HSN2024) Peringkat Selangor di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam pada 12 Oktober 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_667759" align="aligncenter" width="1291"] EXCO Sukan, Najwan Halimi melepaskan peserta cilik basikal tolak ketika melawat sekitar Majlis Sambutan Hari Sukan Negara (HSN2024) Peringkat Selangor di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam pada 12 Oktober 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_667760" align="aligncenter" width="1134"] EXCO Sukan, Najwan Halimi melawat sekitar Majlis Sambutan Hari Sukan Negara (HSN2024) Peringkat Selangor di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam pada 12 Oktober 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR[/caption]