ad
AGENSI

Sidang niaga Selangor siri kedua bermula Rabu, tumpu pasaran halal, teknologi biotani

12 Okt 2024, 4:46 AM
Sidang niaga Selangor siri kedua bermula Rabu, tumpu pasaran halal, teknologi biotani
Sidang niaga Selangor siri kedua bermula Rabu, tumpu pasaran halal, teknologi biotani
Sidang niaga Selangor siri kedua bermula Rabu, tumpu pasaran halal, teknologi biotani
Sidang niaga Selangor siri kedua bermula Rabu, tumpu pasaran halal, teknologi biotani

SHAH ALAM, 12 OKT: Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2024 siri kedua bagi tahun ini dijadual membuka tirai Rabu ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Persidangan yang berlangsung empat hari hingga 19 Oktober meliputi Ekspo Antarabangsa Selangor (Makanan dan Minuman) atau SIE F&B, Konvensyen Sains Hayat Selangor (SLC) serta Konvensyen Bandar Pintar dan Ekonomi Digital Selangor (SDEC).

SIE F&B antaranya akan mengetengahkan pempamer utama iaitu Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan yang dijangka membawa pengisian dalam forum sehari berkaitan topik keterjaminan makanan.

[caption id="attachment_654192" align="aligncenter" width="892"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz melawat reruai selepas merasmikan Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur pada 25 Julai 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Persidangan Antarabangsa Halal Selangor (SELHAC) turut menjadi acara dalam SIE F&B yang menjadi medan kepada syarikat tempatan dan antarabangsa meneroka pasaran halal di rantau ini.

SDEC pula dijangka memperkenal sesi menumpukan inisiatif terbaharu negeri iaitu taman reka bentuk litar bersepadu (IC) dan Pemacu Semikonduktor Malaysia.

Acara penting lain adalah tiga forum utama ketika subkonvensyen SLC termasuk forum Kelestarian Masa Depan Selangor-Korea yang membincangkan teknologi biotani dan bidang lain yang berkaitan.

Sebelum ini, EXCO Pelaburan Ng Sze Han berkata SIBS siri kedua menyasar nilai transaksi hampir RM1 bilion.

[caption id="attachment_654198" align="aligncenter" width="885"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari (tiga, kanan) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec), Dato' Yong Kai Ping (kanan) dan Ketua Pegawai Teknologi Weeroc Salleh Ahmad (kiri) selepas majlis menandatangai perjanjian bersama dalam Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur pada 25 Julai 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Invest Selangor sebelum ini memaklumkan, SIBS 2024 siri pertama pada 25 hingga 27 Julai menjana nilai transaksi RM12.2 bilion, hampir dua kali ganda daripada sasaran keseluruhan RM7 bilion.

Membabitkan Ekspo Taman Perindustrian Selangor dan Persidangan Perniagaan Asean Selangor, kejayaan luar biasa itu turut menarik lebih 8,500 pelawat ke persidangan.

Antara negara yang mengambil bahagian termasuk negara-negara jiran Asean, China, Jepun, Australia, Kanada, Perancis, Jerman dan United Kingdom.

Sepanjang SIBS siri pertama berlangsung, 23 surat setuju terima, surat hasrat, memorandum perjanjian dan memorandum persefahaman dimeterai.

[caption id="attachment_609501" align="aligncenter" width="1334"] Pengunjung tertarik melihat robot pintar di reruai Entomal Biotech pada Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur pada 22 Oktober 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.