ad
BERITA UTAMA

Usahawan terima dana hingga RM30,000, bantu tingkat produktiviti niaga

12 Okt 2024, 2:39 AM
Usahawan terima dana hingga RM30,000, bantu tingkat produktiviti niaga
Usahawan terima dana hingga RM30,000, bantu tingkat produktiviti niaga
Usahawan terima dana hingga RM30,000, bantu tingkat produktiviti niaga
Usahawan terima dana hingga RM30,000, bantu tingkat produktiviti niaga

SHAH ALAM, 12 OKT: Penantian hampir setahun berbaloi bagi seorang usahawan apabila permohonan geran menerusi Dana Usahawan Madani Selangor (DUMS) akhirnya diluluskan.

Pok Kee Soon, 48, pengusaha bengkel kenderaan di Seksyen 17, di sini bersyukur apabila menerima mesin pengimbang roda yang nilainya kira-kira RM30,000.

"Mesin sebelum ini sudah rosak, nak beli agak mahal. Nasib baik ada penghulu di kawasan saya maklumkan berkaitan DUMS dan saya cuba mohon, walaupun agak lama tunggu tetapi berbaloi.

[caption id="attachment_667718" align="alignleft" width="314"] Pemilik bengkel ,Pok Kee Soon, 48, ketika majlis penyampaian Plak Dana Usahawan Madani Selangor 2024 di Dewan Jubli Perak pada 11 Oktober 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIA SELANGOR[/caption]

"Menerusi bantuan ini ia memudahkan kami untuk bekerja dan membaiki kenderaan pelanggan. Terima kasih Kerajaan Selangor," katanya.

Kee Soon merupakan antara 136 penerima DUMS yang disampaikan EXCO Usahawan Mohd Najwan Halimi di Dewan Jubli Perak di sini semalam.

Sementara itu usahawan kek, biskut dan pastri Siti Hajar Saleh, 36, menyifatkan bantuan geran mesin pelapis doh itu dapat membantunya mengembangkan lagi perniagaan yang diusahakan sejak enam tahun lalu.

"Mesin ini kalau beli hampir RM20,000 tetapi syukur sangat dapat daripada Kerajaan Negeri, kerja penyediaan bakeri saya selepas ini lebih mudah dan cepat.

"Harap inisiatif ini diteruskan dan lebih ramai usahawan dibantu pada masa hadapan," kata ibu empat anak yang membuka kafe RaraMeltsHQ, di Hulu Langat.

[caption id="attachment_667719" align="alignright" width="380"] Pemilik RaraMeltsHQ Siti Hajar Saleh, 36, ditemui ketika majlis penyampaian Plak Dana Usahawan Madani Selangor 2024 di Dewan Jubli Perak pada 11 Oktober 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIA SELANGOR[/caption]

DUMS dijenamakan daripada Dana Usahawan Mikro Selangor yang diperkenal pada 2015 bertujuan membantu peniaga kecil negeri ini meningkatkan produktiviti operasi selain meringankan beban modal membeli peralatan perniagaan.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari sebelum ini berkata sejak inisiatif itu diperkenalkan, Kerajaan Negeri membelanjakan RM20.06 juta untuk 1,029 usahawan mikro yang dibantu sehingga tahun lalu.

[caption id="attachment_667651" align="aligncenter" width="1215"] EXCO Keusahawanan Mohd Najwan Halimi bersama penerima Plak Dana Usahawan Madani Selangor 2024 di Dewan Jubli Perak, Shah Alam pada 11 Oktober 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIA SELANGOR[/caption]

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.