ad
AGENDA

Lori tangki terbalik di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, guna laluan alternatif

11 Okt 2024, 11:48 AM
Lori tangki terbalik di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, guna laluan alternatif

KUALA LUMPUR, 11 OKT: Sebuah lori tangki minyak terbabas dan terbalik di KM27.8 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dari Genting Sempah menghala ke Plaza Tol Gombak, kira-kira pukul 5.30 petang tadi.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan semua lorong di laluan itu ketika ini masih terhalang akibat kemalangan tersebut dan menasihatkan pengguna jalan raya untuk menggunakan laluan alternatif.

“Kemalangan itu tidak melibatkan kenderaan lain dan setakat ini, pihak lebuh raya telah melencongkan kenderaan lain supaya keluar ke persimpangan Genting Sempah dan menggunakan Jalan Gombak lama,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Selain itu, jurucakap LLM memaklumkan pihak lebuh raya turut membuat median opening bagi kenderaan yang terperangkap dalam kesesakan itu, bagi membolehkan membuat pusingan ‘U’ di KM28.4 untuk berpatah balik menghala ke Genting Sempah dan keluar daripada lebuh raya terbabit.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.