ad
AGENSI

Hijrah Selangor harap terima dana tambahan, mahu bantu lebih ramai usahawan

11 Okt 2024, 8:06 AM
Hijrah Selangor harap terima dana tambahan, mahu bantu lebih ramai usahawan
Hijrah Selangor harap terima dana tambahan, mahu bantu lebih ramai usahawan

SHAH ALAM, 11 OKT: Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah Selangor) berharap menerima peruntukan lebih tinggi dalam Belanjawan 2025 bagi membolehkan agensi itu membantu lebih ramai usahawan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Dato' Mearia Hamzah berkata setakat ini pihaknya hanya berkemampuan menyediakan pinjaman sehingga RM60 juta berbanding sebelum ini RM90 juta.

[caption id="attachment_622968" align="aligncenter" width="747"] Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah Selangor) Dato’ Mearia Hamzah (tengah) ditemui pada sidang media Kempen Bayar Balik dan Menang 2023 di pejabat Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec), Shah Alam pada 10 Januari 2024. Foto SOFIA NASIR/SELANGORKINI[/caption]

"Kita berharap belanjawan yang akan dibentang nanti Kerajaan Negeri beri lebih suntikan dengan ada penambahan sebanyak RM20 juta.

"Menerusi penambahan peruntukan, lebih ramai usahawan yang benar-benar memerlukan pembiayaan dapat dibantu supaya perniagaan mereka terus berkembang," katanya dalam temu bual bersama Selangorkini di sini hari ini.

Pembentangan Belanjawan Selangor 2025 pada 15 November depan bersekali dengan sidang Dewan Negeri Selangor yang dijadual berlangsung sehingga 29 November.

Sebelum ini, Dato’ Menteri Besar berkata belanjawan berkenaan menggariskan beberapa cabaran baharu bagi meneruskan momentum negeri sebagai penyumbang ekonomi terbesar negara.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pentadbirannya berhasrat memajukan sektor pendigitalan khususnya teknologi kecerdasan buatan (AI) menerusi pembinaan pusat pembangunan AI pertama di Selangor.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.