ad
ADN

DUN Seri Kembangan belanja lebih RM49,000 naik taraf gelanggang bola keranjang

11 Okt 2024, 7:21 AM
DUN Seri Kembangan belanja lebih RM49,000 naik taraf gelanggang bola keranjang

SHAH ALAM, 11 OKT: Sejumlah RM49,788.40 dibelanja Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Kembangan bagi menaik taraf infrastruktur gelanggang bola keranjang di Taman Universiti Indah 2, Seri Kembangan.

Wakil rakyatnya Wong Siew Ki berkata peruntukan menerusi Projek Selangor Penyayang (PSP) itu digunakan untuk membersih dan mengecat semula lantai gelanggang dan mengganti papan bola keranjang.

“Selain itu, tempat duduk gelanggang turut dibaiki dan dicat semula bagi memberi keselesaan kepada pengguna kemudahan sukan itu,” katanya menerusi Facebook pada .

Siew Ki berkata pihaknya turut menghargai sumbangan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) yang membina tangga untuk memudahkan penduduk naik ke kawasan gelanggang dari padang berhampiran.

Sebelum ini Siew Ki memaklumkan DUN Seri Kembangan memanfaat dana PSP dengan membaik pulih kemudahan sukan dan pusat kegiatan masyarakat.

Kerja penambahbaikan menggunakan peruntukan Kerajaan Negeri sebanyak RM250,000 membabitkan tujuh projek iaitu membaiki gelanggang futsal, bola keranjang dan badminton.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.