ad
AGENSI

Pesta buku Selangor kembali 27 November, sedia lebih 400 reruai

11 Okt 2024, 2:02 AM
Pesta buku Selangor kembali 27 November, sedia lebih 400 reruai
Pesta buku Selangor kembali 27 November, sedia lebih 400 reruai
Pesta buku Selangor kembali 27 November, sedia lebih 400 reruai

SHAH ALAM, 11 OKT: Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) 2024 kembali membuka tirai pada 27 November sehingga 3 Disember ini di Pusat Konvensyen Setia City.

Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor Datin Paduka Mastura Muhamad berkata lebih 300,000 pengunjung disasar hadir sepanjang tujuh hari penganjuran.

Menurutnya, pelbagai aktiviti menarik diadakan antaranya bual bicara dengan sasterawan negara, aktiviti mewarna, melukis, cabutan bertuah selain terdapat lebih 400 reruai.

“SIBF kali ini turut melibatkan pempamer, penerbit, penulis, pemain industri buku daripada pelbagai negara luar seperti Indonesia, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

“China turut dijemput sertai SIBF tahun ini sebagai negara tamu hasil Memorandum Persefahaman (MoU) antara PPAS dan Festival Buku Utara China yang dimeterai pada 16 Ogos lalu,” katanya.

[caption id="attachment_654267" align="alignnone" width="803"] EXCO Pembangunan Belia dan Kemajuan Sukan, Pemberdayaan Usahawan dan Ekonomi Kreatif, Pengurusan Bencana Najwan Halimi bersama Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) Datin Paduka Mastura Muhamad ketika pelancaran baca basikal buku sempena majlis perasmian Pesta Buku Kanak-Kanak Selangor di Kompleks PKNS, Shah Alam pada 25 Julai 2024. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

Tambah Mastura, Sidang Kemuncak Pendidikan Selangor turut diadakan sepanjang SIBF bagi memperkasa agenda Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM).

SIBF julung kali dianjurkan pada 2022, merupakan kesinambungan daripada Pesta Buku Selangor yang dianjurkan selama 16 tahun sejak 2006.

Bermula tahun lalu, Kerajaan Negeri turut menganjur Pesta Buku Kanak-Kanak Selangor bertempat di Kompleks PKNS, melibatkan penyertaan penulis, penerbit dan penjual buku tempatan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.