ad
AGENDA

Bursa Malaysia pertimbang kontrak niaga hadapan minyak masak terpakai

11 Okt 2024, 12:20 AM
Bursa Malaysia pertimbang kontrak niaga hadapan minyak masak terpakai

KUALA LUMPUR, 11 OKT: Bursa Malaysia mengakui cadangan untuk memperkenalkan kontrak niaga hadapan baharu bagi minyak masak terpakai, sementara menunggu perundingan dengan industri dan kelulusan kawal selia.

“Bursa Malaysia berhasrat menawarkan kontrak niaga hadapan baharu bagi minyak masak terpakai, yang kini sedang menjalani perundingan industri dan tertakluk kepada kelulusan kawal selia,” kata jurucakap Bursa Malaysia kepada Bernama.

Kenyataan daripada bursa itu adalah susulan laporan berita luar negara yang mendakwa ia sedang mempertimbangkan pelancaran kontrak niaga hadapan bagi minyak masak terpakai, dipacu oleh peningkatan permintaan bagi bahan mentah bahan api bio.

Laporan berita itu yang memetik sumber yang tidak asing lagi dengan perkara berkenaan, turut menunjukkan bahawa Bursa Malaysia telah mencadangkan spesifikasi bagi kontrak berkenaan dalam dokumen yang dikongsikan dengan peserta industri.

-BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.