ad
AGENDA

EXCO: Selangor harap terima peruntukan lebih dalam Belanjawan 2025

10 Okt 2024, 1:00 PM
EXCO: Selangor harap terima peruntukan lebih dalam Belanjawan 2025
EXCO: Selangor harap terima peruntukan lebih dalam Belanjawan 2025

SHAH ALAM, 10 OKT: Selangor berharap menerima peruntukan lebih tinggi dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Oktober ini.

EXCO Perumahan Datuk Borhan Aman Shah berkata jumlah peruntukan itu seiring pencapaian negeri sebagai penyumbang terbesar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

“Selangor adalah penyumbang paling tinggi kepada ekonomi negara, kalau diibaratkan seperti kek, Selangor perlu diberikan lebih.

“Antara perkara yang membabitkan kos paling tinggi ialah penyelesaian banjir menerusi pembinaan tebatan, selain pembangunan prasarana untuk masyarakat terpinggir di negeri ini," katanya kepada pemberita.

[caption id="attachment_667446" align="aligncenter" width="763"] Wakil dari BMI Roofing System, Kc Kong memberi penerangan mengenai jenis atap rumah kepada EXCO Perumahan Datuk Borhan Aman Shah pada Konvesyen Perumahan Rehda Selangor 2024 di Pusat Konvension Setia City pada 10 October 2024. Turut sama EXCO Kerajaan Tempatan Dato’ Ng Suee Lim dan Pengerusi Rehda Selangor, Datuk Zaini Yusoff. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIA SELANGOR[/caption]

Terdahulu, beliau menyempurnakan Konvesyen Perumahan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) Selangor 2024 di Pusat Konvensyen Setia Alam di sini, hari ini.

Konvesyen tahunan kali ketiga itu turut dihadiri EXCO Kerajaan Tempatan Datuk Ng Suee Lim dan Pengerusi Rehda Selangor Datuk Zaini Yusoff.

Minggu lalu, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berharap Kerajaan Persekutuan menyedia insentif menarik dalam Belanjawan 2025 bagi meneruskan beberapa projek penting pembangunan negeri.

Menurutnya, antara yang disenarai adalah pembangunan sektor semikonduktor, penyambungan projek tebatan banjir, peremajaan semula lapangan terbang Subang serta menaiktaraf beberapa jalan persekutuan.

Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Oktober ini mengetengahkan tema Ekonomi Madani, Negara Makmur, Rakyat Sejahtera yang akan dipacu oleh pendekatan Ekonomi Madani.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.