ad
AGENSI

KSSB bantu bersihkan pusat jagaan warga emas terjejas akibat bah

10 Okt 2024, 8:23 AM
KSSB bantu bersihkan pusat jagaan warga emas terjejas akibat bah

SHAH ALAM, 10 OKT: Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) bersama sembilan agensi Kerajaan Negeri bergotong-royong membersihkan Pusat Jagaan Warga Tua Jasheira, Ijok yang terjejas akibat banjir kilat, kelmarin.

Eksekutif Kanan Jabatan Komunikasi Korporat KSSB berkata pihaknya turut menyumbang katil, tilam, cadar dan bantal yang rosak dengan peruntukkan kira-kira RM10,000.

“Tanpa mengenal apa jua situasi, kita sentiasa bersedia menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan. KSSB berharap bantuan ini dapat meringankan beban penghuni,” kata Mohd Mirza Kamarudin.

Agensi turut serta dalam gotong-royong itu adalah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Majlis Perbandaran Kuala Selangor, Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor, Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Kuala Selangor dan Pusat Khidmat DUN Ijok.

Sebelum ini, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari meminta semua pihak bersiap siaga dengan sebarang kemungkinan banjir berikutan Selangor ketika ini mengalami fasa peralihan Monsun Timur Laut.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.