SHAH ALAM, 10 OKT: Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) menganjurkan program hari tanpa kenderaan pada 20 Oktober ini sempena ulang tahun keempat diiktiraf bandar raya.
Pihak berkuasa tempatan itu menerusi Facebook memaklumkan program dari jam 7 hingga 11 pagi itu diadakan di Pasaraya Giant Bandar Kinrara, Puchong.
“Ayuh bersama-sama meraikan ulang tahun keempat bandar raya Subang Jaya sekali gus menyokong usaha ke arah bandar rendah karbon,” katanya menerusi Facebook.
Pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk seisi keluarga antaranya senamrobik, larian santai 5 kilometer (km), kayuhan santai 24 km, fiesta sarapan pagi, Eco Free Market dan eksplorasi kenali musnah denggi.
Antara aktiviti lain turut disediakan adalah Eksplorasi Bandar Rendah Karbon, pertandingan street soccer, demonstrasi polis dan bomba, kaunter mesra rakyat, pameran cegah jenayah, kitar semula dan cabutan bertuah.
Untuk mereka yang berminat sertai larian santai boleh daftar menerusi pautan https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSebC7MDItA3ROnVdg_tw1IxHvXC6ERbelihRjNAI5SzQX4tFw/viewform.
Manakala, kayuhan santai pula pendaftaran menerusi pautan ini https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSe9NsGK5y6AlWtz7LZWgwX_2Fhb9n4Szkh6DGDa1zf9PKlTMQ/viewform.