Oleh Norrasyidah Arshad dan Suhaila Shahrul Annuar
SHAH ALAM, 10 OKT: Langkah Kerajaan Negeri menambah baik Skim Perlindungan Insurans Am (INSAN) konvensional kepada konsep takaful menguntungkan rakyat dari aspek nilai pampasan.
Mantan ketua pegawai eksekutif Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI berkata sekiranya pemegang polisi takaful meninggal dunia, waris menerima sumbangan RM11,000 berbanding RM10,000 untuk pencarum konvensional.
Jelas Norita Mohd Sidek, perlindungan patuh syariah itu juga menawarkan perlindungan lebih RM20,000 apabila terlibat kemalangan di luar negara selain tuntutan RM50 sehari jika dimasukkan ke hospital.
[caption id="attachment_667374" align="aligncenter" width="814"] Mantan Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Norita Mohd Sidek memberi keterangan sebagai saksi sesi pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawab dan Ketelusan (Selcat) berhubung pelaksanaan Skim Insurans Am Selangor (INSAN) dan hala tuju masa hadapannya di Wisma Dewan Negeri Selangor, Shah Alam pada 10 Oktober 2024. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR[/caption]
“INSAN atau INSAN Takaful merupakan program yang sama. Bukan Islam juga boleh daftar bawah takaful. Skimnya sama cuma nama berlainan malah INSAN Takaful lebih baik.
“Saya lihat program INSAN ini berjaya kerana ia bertujuan memberi perlindungan insurans kepada semua rakyat,” katanya ketika memberi keterangan sebagai saksi ketika sesi pendengaran awam berhubung INSAN dan hala tuju masa hadapannya di sini hari ini.
Terdahulu anggota Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) yang juga ketua pembangkang negeri Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali meminta penjelasan berhubung tindakan pentadbiran mengubah skim berkenaan.
[caption id="attachment_667366" align="aligncenter" width="809"] Sesi pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawab dan Ketelusan (Selcat) berhubung pelaksanaan Skim Insurans Am Selangor (INSAN) dan hala tuju masa hadapannya di Wisma Dewan Negeri Selangor, Shah Alam pada 10 Oktober 2024. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR[/caption]
Mula diperkenalkan sejak 1 Oktober 2022, INSAN melindungi semua penduduk negeri ini berusia antara 30 hari hingga 80 tahun dengan premium ditanggung sepenuhnya Kerajaan Selangor.
Skim dengan nilai perlindungan RM60 bilion itu memberi perlindungan insurans sehingga RM10,000 bagi kes hilang keupayaan kekal dan kematian disebabkan kemalangan.
Pada Ogos tahun lalu, skim berkenaan ditambah baik dengan elemen patuh syariah untuk memastikan masyarakat beragama Islam tidak ragu-ragu mendaftar.
Menerusinya, individu menerima perlindungan RM11,000 untuk kematian, kematian di luar negara (RM21,000), hilang upaya kekal (RM10,000) dan elaun RM50 sehari bagi kemasukan wad hingga 30 hari.
[caption id="attachment_599657" align="aligncenter" width="812"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari (lima, kanan) bersama waris pencarum dan pencarum melancarkan Insan Takaful sempena majlis perasmian Tekad Insani #KitaSelangor di Pusat Konvensyen Bangi, Kajang pada 4 Ogos 2023. Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) Norita Mohd Sidek (lima, kiri). Foto AHMADZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]