ad
BERITA UTAMA

Sayu berpanjangan, sukar tidur antara tanda kemurungan teruk

10 Okt 2024, 5:45 AM
Sayu berpanjangan, sukar tidur antara tanda kemurungan teruk
Sayu berpanjangan, sukar tidur antara tanda kemurungan teruk

Kemurungan boleh terjadi apabila seseorang melalui dugaan hidup seperti kehilangan orang tersayang, ditimpa musibah, kemiskinan, bersara dan menghidapi penyakit kronik.

Faktor sejarah keluarga dan pengambilan ubat atau bahan terlarang juga boleh menyumbang kepada kemurungan. Ada juga kemurungan tercetus kerana perubahan cuaca.

Gangguan mental itu boleh dirawat termasuk mengambil ubat antikemurungan. Sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia pada 10 Oktober, wartawan NAZLI IBRAHIM menyenaraikan gejala dan jenis kemurungan.

GEJALA

  • sedih lebih dua minggu
  • mudah tersinggung atau cepat marah
  • tidak seronok terhadap aktiviti kesukaan
  • lesu sepanjang masa
  • hilang keyakinan diri
  • sering rasa bersalah
  • enggan teruskan kehidupan harian
  • gagal tumpu pekerjaan
  • susut berat badan
  • gangguan tidur atau tidak puas tidur
  • selalu rasa was-was

JENIS

Kemurungan teruk

  • terbahagi dua iaitu atipikal (luar biasa) dan melankolia (perasaan sedih atau sayu berpanjangan)
  • atipikal cenderung tidur, makan banyak, beremosi dan sangat cemas
  • melankolia ada masalah tidur dan rasa bersalah berlebihan
  • remaja lazim alami atipikal manakala melankolia kerap berlaku terhadap warga tua

Kemurungan biasa

  • Pesakit alami dua atau tiga gejala kemurungan selama seminggu

Kecelaruan kemurungan berterusan

  • pesakit bergejala kemurungan dua tahun atau lebih
  • kanak-kanak alami kemurungan jenis ini jika bergejala setahun atau lebih

Kecelaruan resah prahaid

  • ada gejala kemurungan seminggu sebelum haid
  • berpunca perubahan hormon semasa kitaran haid

Kecelaruan perasaan cetusan bahan

  • gejala kerana dadah, alkohol atau ambil bahan terlarang lain

Kecelaruan perasaan bermusim

  • lazim berlaku pada musim luruh atau sejuk
  • pesakit makan terlalu banyak, tidur terlalu lama, berat badan bertambah atau enggan bersosial
  • berpunca ketidakseimbangan serotonin otak, kadar melatonin berlebihan dan vitamin D tidak mencukupi

Kemurungan bipolar (perubahan emosi mendadak)

  • perubahan mendadak daripada gembira kepada putus asa
  • mental dan fizikal pesakit terlebih bertenaga secara mengejut

Kemurungan lepas bersalin

  • ada rasa ingin cederakan diri atau bayi
  • disebabkan perubahan hormon dan keletihan
  • turut dialami lelaki kerana hidup berubah menjadi bapa

Kemurungan psikotik (orang yang mengalami gangguan mental)

  • ditakrif hilang kefahaman terhadap realiti
  • pesakit berhalusinasi dan berprasangka

Kemurungan tahan rawatan

  • berpunca daripada kegagalan pesakit bertindak balas terhadap ubat antikemurungan

Kemurungan akibat sakit

  • berlaku terhadap pesakit sakit kronik seperti penyakit jantung, barah
  • keradangan akibat sakit kronik cetus kemurungan

Sumber Portal Myhealth Kementerian Kesihatan Malaysia dan portal hellodoktor

[caption id="attachment_667384" align="aligncenter" width="898"] Foto Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.