ad
ADN

Selcat nilai pelaksanaan, hala tuju skim insurans percuma Selangor

10 Okt 2024, 3:27 AM
Selcat nilai pelaksanaan, hala tuju skim insurans percuma Selangor
Selcat nilai pelaksanaan, hala tuju skim insurans percuma Selangor

Oleh Norrasyidah Arshad dan Suhaila Shahrul Annuar

SHAH ALAM, 10 OKT: Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) bersidang hari ini bagi menilai program Skim Insurans Am Selangor (INSAN).

Pengerusinya Lau Weng San berkata sesi pendengaran awam tersebut bagi merungkai persoalan Ahli Dewan Negeri (ADN) berhubung tatakelola dan pelaksanaan program serta hala tujunya.

Jelasnya, beberapa siri pendengaran tertutup dijalankan sebelum ini bersama pegawai Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI untuk memastikan maklumat konkrit dan keputusan bagi isu itu.

“Aspek diteliti Selcat merangkumi isu tatakelola kelulusan pelaksanaan program INSAN, pelantikan agensi pelaksana, pengendali dan penyedia perkhidmatan serta promosi.

[caption id="attachment_667374" align="alignright" width="460"] Mantan Ketua Pegawai Eksekutif MBI Norita Sidek mengangkat sumpah pada sesi pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawab dan Ketelusan (Selcat) berhubung pelaksanaan Skim Insurans Am Selangor (INSAN) dan hala tuju masa hadapannya di Wisma Dewan Negeri Selangor, Shah Alam pada 10 Oktober 2024. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Selain itu, asas pertimbangan pelantikan Wavpay Fintech Holding Sdn Bhd sebagai pengendali perkhidmatan serta pengauditan program INSAN turut diteliti ahli jawatankuasa Selcat,” katanya.

Sesi pendengaran mulai 10 pagi itu menampilkan tiga saksi iaitu mantan Ketua Pegawai Eksekutif MBI Norita Sidek dan Ketua Pegawai Eksekutif MBI Saipolyazan M Yusop.

Saksi lain ialah Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (Pembangunan) Dato’ Johary Anuar.

Selcat dianggotai ADN Dusun Tua Datuk Wira Johan Abd Aziz, ADN Teratai Yee Jia Haur, ADN Hulu Kelang Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, ADN Sijangkang Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi dan ADN Taman Medan Dr Afif Bahardin.

INSAN dilancarkan sejak 1 Oktober 2022 untuk memberi perlindungan insurans kemalangan diri berkumpulan secara percuma kepada enam juta rakyat berumur 30 hari hingga 80 tahun.

Menerusinya, individu menerima perlindungan RM11,000 untuk kematian, kematian di luar negara (RM21,000), hilang upaya kekal (RM10,000) dan elaun RM50 sehari bagi kemasukan wad hingga 30 hari.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.