SHAH ALAM, 9 OKT: Kerajaan Negeri berhasrat menganjurkan semula program Selangor Agro Fest (SAF) pada tahun depan selepas kali terakhir dianjurkan pada 2019.
EXCO Pertanian Ir Izham Hashim berkata festival berkenaan bakal menampilkan keistimewaan dengan tambahan pelbagai elemen termasuk pameran flora.
[caption id="attachment_636285" align="aligncenter" width="748"] EXCO Pertanian Ir Izham Hashim. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]
“Festival ini kali terakhir dianjurkan sebelum pandemik Covid-19 dan kita cadang anjurkan semula tahun depan menggantikan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (Maha) yang diadakan setiap dua tahun.
“Keistimewaan penganjuran kali ini kita masukkan pameran flora kepada pengunjung sekali gus menyediakan ruang kepada usahawan tani perkenalkan produk mereka,” katanya.
SAF menjadi antara acara tahunan sejak 2012 dengan matlamat memperkasa dan membangunkan sektor pertanian selain meningkatkan pendapatan usahawan tani di negeri ini.
[caption id="attachment_280451" align="aligncenter" width="812"] Rangka ikan paus jenis ‘Balaenoptera Borealis’ berukuran 12.8 meter panjang dan 2.6 meter lebar dipamer kepada pengunjung Selangor Agro Fest 2016 di Dataran Pantai Morib, Kuala Langat pada 20 Oktober 2016. Rangka ikan paus berkenaan ditemui terdampar di Pulau Carey pada 2005. Foto Arkib Selangorkini.[/caption]
Selain pameran penternakan, perikanan, pertanian dan industri asas tani, karnival itu turut menganjurkan perlbagai aktiviti termasuklah jualan jimat rakyat, pertandingan masakan juadah kampung, jualan makanan istimewa daerah.
Selain jualan kendera saji dan acara kanak-kanak, pengunjung juga disajikan dengan persembahan artis tanah air.