ad
AGENSI

Yayasan MBI peruntuk RM150,000, jaga kebajikan kanak-kanak GISBH

9 Okt 2024, 8:06 AM
Yayasan MBI peruntuk RM150,000, jaga kebajikan kanak-kanak GISBH

SHAH ALAM, 9 OKT: Sejumlah RM150,000 diperuntuk Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI bagi tujuan kebajikan kanak-kanak yang dijumpai di rumah amal GISB Holdings (GISBH) di negeri ini.

Ketuanya Ahmad Azri Zainal Nor berkata peruntukan tersebut untuk menampung kos alatan pembelajaran, katil, meja, susu formula dan makanan sekali gus memastikan keperluan mereka terjaga.

"Semalam, Kerajaan Negeri mengumumkan Yayasan MBI turut menganggotai pasukan khas bagi meneliti program pemulihan khusus untuk kanak-kanak GISBH.

"Kita mengambil tanggungjawab itu dan akan berusaha sedaya upaya bagi memastikan kanak-kanak ini selesa dan dapat menjalani pemulihan sebaiknya," katanya kepada Selangorkini.

Pasukan khas itu dipengerusikan EXCO Agama Islam Dr Fahmi Ngah dan EXCO Kebajikan Masyarakat Anfaal Saari. Pasukan itu dianggotai wakil Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dan Lembaga Zakat Selangor.

Turut terlibat Majlis Agama Islam Selangor, Jabatan Agama Islam Selangor, pakar psikologi dan pendidikan kanak-kanak dan Yayasan Selgate.

Pasukan tersebut akan menumpukan usaha pemulihan merangkumi akidah, kebajikan, kesihatan dan perkembangan mental serta fizikal.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.