ad
ADN

ADN pelawa meriahkan Kuala Kubu Bharu Outdoor Festival Sabtu ini

9 Okt 2024, 4:34 AM
ADN pelawa meriahkan Kuala Kubu Bharu Outdoor Festival Sabtu ini

SHAH ALAM, 9 OKT: Orang ramai dijemput memeriahkan Kuala Kubu Bharu Outdoor Festival: Hari Sukan Negara dan Star Festival 2024 Sabtu ini.

Ahli Dewan Negerinya berkata program itu bermula jam 6.30 pagi hingga 12 tengah malam diadakan di Taman Tasik Milenium, Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor.

Pang Sock Tao turut berkongsi beberapa aktiviti menarik sepanjang program berlangsung antaranya Larian Ria Madani dan Berjalan Untuk Negara dengan jarak masing-masing sejauh 5 kilometer.

“Ayuh warga Hulu Selangor minggu ini turun beramai-ramai memeriahkan Kuala Kubu Bharu Outdoor Festival: Hari Sukan Negara dan Star Festival 2024.

"Pendaftaran bagi semua aktiviti adalah secara walk-in (terus),” katanya menerusi Facebook.

Berikut aktiviti yang dianjurkan:

  • Osh Fun Run
  • Senamrobik/AeroJamming
  • Senaman Warga Emas (Chairobics & Stick)
  • Sukaneka
  • Karnival Kesihatan (Pemeriksaan Kesihatan/Mata & Fisioterapi
  • Reruai jualan makan (kendera saji) & Pameran Interaktif
  • Lukisan mula
  • Lukisan Batik
  • Pameran pelbagai agensi
  • Cabutan bertuah
  • Aktiviti cerapan bintang
  • Pop kuiz
  • Teleskop DIY
  • Bengkel jam matahari
  • Bengkel arah kiblat
  • Bengkel peta bintang
  • Lukisan ‘Glow in The Dark’
  • Night Fun Hike @Bukit Batu Pahat, KKB
  • Karnival Kesihatan

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.