ad
AGENDA

Selangor rangka enakmen cegah populasi ikan asing, lindungi ekosistem sungai

9 Okt 2024, 1:00 AM
Selangor rangka enakmen cegah populasi ikan asing, lindungi ekosistem sungai
Selangor rangka enakmen cegah populasi ikan asing, lindungi ekosistem sungai
Selangor rangka enakmen cegah populasi ikan asing, lindungi ekosistem sungai
Selangor rangka enakmen cegah populasi ikan asing, lindungi ekosistem sungai

SHAH ALAM, 9 OKT: Kerajaan Negeri sedang melengkapkan aspek perundangan di bawah Jabatan Perikanan Malaysia bagi mengekang kehadiran ikan asing di sungai.

EXCO Pertanian berkata enakmen perikanan darat itu memperuntukkan kesalahan terhadap mereka yang memelihara atau memiliki ikan asing tanpa permit.

Jelas Ir Izham Hashim, tindakan tegas perlu dilaksanakan bagi mengatasi isu populasi ikan asing yang menggugat ekosistem perairan selain menjadi pemangsa ikan tempatan.

“Kita sedang melengkapkan aspek undang-undang perikanan darat yang akan menjadikan kesalahan bagi mereka yg memelihara atau memiliki ikan-ikan asing tanpa permit ini.

“Kita akan mengambil segala langkah perlu untuk mengawal kemasukan semua jenis ikan asing ke sungai dan sistem pengairan kita. Ini termasuk ikan alligator gar yang ditemui di Sungai Klang baru-baru ini,” katanya kepada Selangorkini.

Sebelum ini, Kerajaan Negeri menawarkan insentif RM1 bagi setiap kilogram tangkapan ikan asing selama sebulan bermula 1 September sebagai langkah memulihara sungai di Selangor dan spesies tempatan.

Menyifatkan ikan alligator gar lebih berbahaya berbanding ikan bandar raya, Izham berkata pihaknya memandang serius penemuan spesis invasif yang berasal dari benua Amerika itu.

Jelas beliau, sudah tiba masa semua pihak berganding bahu bagi mengekang kehadiran ikan asing yang mampu menyebabkan kepupusan ikan lain di kawasan perairan.

Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai penemuan ikan alligator gar yang ditangkap seorang lelaki di Sungai Klang dengan berat 16.94 kilogram (kg).

Alligator gar atau nama saintifiknya atractosteus spatula, bersifat karnivor dan berasal dari Amerika Utara dan Amerika Tengah (Lembangan Sungai Mississippi dan Sungai Missouri).

Ikan ini diperkenalkan di Malaysia sebagai haiwan belaan dalam akuarium, namun akan dilepaskan ke perairan tempatan apabila ia menjadi terlalu besar untuk dipelihara.

[caption id="attachment_667206" align="aligncenter" width="701"] Peserta menunjukkan dua ekor ikan pleco hasil tangkapannya di Denai Sungai Kebangsaan, Sungai Langat pada 1 September 2024[/caption]

[caption id="attachment_667209" align="aligncenter" width="700"] Ikan Pleco yang ditangkap di sekitar tebing Sungai Langat sempena Program Inisiatif Pemburu Ikan Pleco di Denai Sungai Kebangsaan Sungai Langat, Bangi pada 1 SEPTEMBER 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_667210" align="aligncenter" width="700"] Peserta menangkap ikan asing sempena program pemuliharaan sumber perikanan darat Sungai Langat anjuran Jabatan Perikanan Selangor di Denai Sungai Kebangsaan, Hulu Langat pada 9 Jun 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.