ad
BERITA UTAMA

EXCO: Negeri kenal pasti pusat santuari ikan kedua di Hulu Selangor

8 Okt 2024, 11:00 AM
EXCO: Negeri kenal pasti pusat santuari ikan kedua di Hulu Selangor
EXCO: Negeri kenal pasti pusat santuari ikan kedua di Hulu Selangor
EXCO: Negeri kenal pasti pusat santuari ikan kedua di Hulu Selangor

HULU SELANGOR, 8 OKT: Kerajaan Negeri mengenal pasti lokasi sesuai dijadikan pusat santuari (tempat perlindungan) selepas Santuari Ikan Sungai Chiling.

EXCO Pertanian Ir Izham Hashim memaklumkan lokasi dikenal pasti sesuai untuk hidupan ikan kelah dan tengas sama ada di Batang Kali atau Kerling.

“Semua sedia maklum Sungai Chiling merupakan tempat unik untuk hidupan ini tetapi kita sudah kenal pasti satu lagi lokasi di Hulu Selangor.

“Kita akan bekerjasama dengan Worldwide Holdings Berhad untuk manfaat lokasi air berkualiti tinggi ini untuk dibuka pusat santuari kedua,” katanya selepas meluangkan masa melawat Santuari Ikan Sungai Chiling di sini hari ini.

[caption id="attachment_667180" align="aligncenter" width="1067"] EXCO Pertanian Ir Izham Hashim dan Ahli Dewan Negeri Kuala Kubu Baharu Pang Sock Tao memberi makan ikan kelah di Santuari Ikan Sungai Chiling pada 8 Oktober 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIA SELANGOR[/caption]

Terdahulu, Izham yang diiringi Ahli Dewan Negeri Kuala Kubu Bharu Pang Sock Tao melawat tapak projek talian penghantar 500KV dari Pencawang Masuk Utama (PMU) Tapah ke PMU Bentong South melalui Hulu Selangor.

Izham yang juga EXCO Infrastruktur menjelaskan pihaknya akan menambah benih ikan kelah di pusat santuari itu bagi meningkatkan populasi hidupan itu pada masa akan datang.

Untuk rekod, Santuari Ikan Sungai Chiling dibuka kepada umum sejak 2009. Lokasi itu merupakan satu-satunya tarikan utama santuari ikan di Selangor dan ikan kelah serta tengas boleh dilihat malah mudah didekati sepanjang laluan ke air terjun.

Kawasan itu dijaga rapi Jabatan Perikanan dan aktiviti perkelahan dihadkan bagi mengelak dicemari sampah sarap yang boleh menjejaskan hidupan spesis ikan kelah yang kini diancam kepupusan.

Bagaimanapun, pusat santuari itu kini ditutup sehingga hujung tahun ini bagi tujuan penyelenggaraan kawasan dan penyelarasan prosedur kemasukan orang awam.

[caption id="attachment_667181" align="aligncenter" width="995"] EXCO Pertanian Ir Izham Hashim dan Ahli Dewan Negeri Kuala Kubu Baharu Pang Sock Tao ketika lawatan ke Santuari Ikan Sungai Chiling pada 8 Oktober 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIA SELANGOR[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.