ad
AGENSI

Wakaf Selangor salur RM50,000, tampung kos naik taraf Surau Ehsaniah

8 Okt 2024, 8:30 AM
Wakaf Selangor salur RM50,000, tampung kos naik taraf Surau Ehsaniah

SHAH ALAM, 8 OKT : Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) menyalurkan sumbangan RM50,000 kepada Surau Ehsaniah, Kampung Melayu Subang, dekat sini semalam.

Agensi itu memaklumkan dana berkenaan bagi menampung kos menaik taraf bumbung dewan makan muslimat dan ruang solat di surau tersebut.

“Semoga agihan ini dapat dimanfaatkan oleh jemaah dan menjadikan jariah yang mengalir kepada pewakaf sehingga akhirat,” katanya menerusi Facebook.

Cek cura disampaikan oleh Pegawai Unit Kutipan dan Agihan, Bahagian Korporat PWS Muhammad Suffian Assauri Omar kepada pengerusi surau Zainal Jaini.

Menurut PWS pada hari penyerahan, pihaknya turut memberikan taklimat memupuk kesedaran dan manfaat berwakaf.

“Turut dibuka kaunter wakaf tunai bagi memberi peluang kepada orang ramai melaksanakan ibadah wakaf melalui kaedah potongan gaji, secara terus dan kod QR,” katanya.

PWS memaklumkan sumbangan wakaf boleh dibuat menerusi laman web PWS di fpx.wakafselangor.gov.my atau infaqpay.my/go/wakafselangor untuk berwakaf tunai.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.