ad
BERITA UTAMA

Karnival Kerjaya Kuala Selangor tawar 1,000 peluang kerja

8 Okt 2024, 5:00 AM
Karnival Kerjaya Kuala Selangor tawar 1,000 peluang kerja

SHAH ALAM, 8 OKT: Lebih 1,000 kekosongan jawatan ditawarkan sempena Karnival Jelajah Jobcare 2024 peringkat daerah Kuala Selangor pada 19 Oktober ini.

EXCO Sumber Manusia V Papparaidu memaklumkan program di Dewan MPKS, Puncak Alam, bermula 9 pagi hingga 4 petang.

“Terbuka kepada semua pencari kerja. Antara aktiviti yang akan dijalankan termasuk temu duga terbuka, kaunseling kerjaya dan pameran agensi.

“Calon perlu membawa resume dan dokumen sokongan yang berkaitan semasa hari temuduga nanti,” katanya dalam kenyataan.

Calon yang berminat boleh mengisi borang pendaftaran di pautan https://bit.ly/JOBCAREKUALASELANGOR bagi pemakluman awal pengesahan kehadiran.

Terdahulu, V Papparaidu memaklumkan seramai 634 peserta Jelajah Jobcare Selangor di enam daerah diterima kerja sejak karnival kerjaya itu berlangsung Jun lalu.

Menurutnya, daripada jumlah itu, 168 peserta memperoleh kerja menerusi karnival kerjaya di Dewan Hamzah, Klang, pada 5 Oktober lalu.

Enam siri jelajah selesai diadakan di Hulu Selangor pada 29 Jun, Petaling Jaya (17 Julai), Kuala Langat (10 Ogos), Hulu Langat (17 Ogos), Gombak (21 September) dan Klang (5 Oktober).

Program sama akan diteruskan di Dewan Komuniti Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang (16 November) dan Dewan Tun Razak, Sabak Bernam (14 Disember).

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.