ad
AGENDA

Jawatankuasa khas selaras tindakan terhadap GISBH, banteras ajaran sesat

7 Okt 2024, 10:45 AM
Jawatankuasa khas selaras tindakan terhadap GISBH, banteras ajaran sesat

SHAH ALAM, 7 OKT: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menubuhkan jawatankuasa khas dianggotai beberapa agensi bagi menyelaras tindakan terhadap GISB Holdings (GISBH) dan rangkaiannya.

Pengerusinya berkata agensi berkenaan meliputi Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Jabatan Mufti Negeri Selangor, polis, Jabatan Kebajikan Masyarakat serta pihak lain yang berkaitan.

"Bagi memastikan mereka di luar sana terus dibimbing dan tidak terjebak ajaran ini, usaha dakwah dan kesedaran melalui Bahagian Dakwah Jais juga digiatkan," kata Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Jelasnya, jawatankuasa sedia ada seperti Jawatankuasa Bertindak Ancaman Akidah dan Pembangunan Keluarga dan Wanita turut diperkasa bagi membanteras ajaran sesat dan memperluas dakwah.

Tambahnya, Mais bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Kerajaan Selangor dan agensi berkaitan akan terus melaksana tindakan bersepadu bagi membanteras ajaran yang menyeleweng daripada Islam.

Terdahulu, EXCO agama Islam berkata penyimpangan ajaran GIBSH yang diputuskan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor akan dibawa ke Masjlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bagi pewartaan.

Bakal dibuat dalam masa terdekat, keputusan itu menurut Dr Fahmi Ngah akan diteliti penasihat undang-undang negeri, selain kemungkinan diusul dalam sidang Dewan Negeri akan datang.

 

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.