ad
AGENDA

Kanak-kanak antara tiga maut, dua parah kemalangan babit 13 mangsa

7 Okt 2024, 12:44 AM
Kanak-kanak antara tiga maut, dua parah kemalangan babit 13 mangsa

LAHAD DATU, 7 OKT: Tiga termasuk seorang kanak-kanak perempuan maut, manakala dua lagi parah dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Jalan Felda Sahabat, Tungku, di sini semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu Sumsoa Rashid berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.19 petang mengenai insiden yang melibatkan sebuah pacuan empat roda, kereta dan motosikal dengan 13 mangsa terlibat.

"Mangsa maut merupakan seorang kanak-kanak perempuan dan seorang wanita yang berada dalam kereta serta seorang penunggang motosikal lelaki. Mangsa parah pula ialah seorang lelaki dan wanita yang turut berada dalam kereta berkenaan.

“Penunggang motosikal dan seorang individu di dalam kereta meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang lagi mangsa meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Tungku untuk mendapatkan rawatan,” katanya ketika dihubungi.

Sumsoa berkata lapan individu lain yang menaiki pacuan empat roda itu iaitu empat lelaki, seorang wanita dan tiga kanak-kanak hanya mengalami kecederaan ringan dan operasi ditamatkan pada 10.06 malam.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.