ad
AGENDA

Lelaki lemas mandi di Pantai Tanjung Tokong

6 Okt 2024, 2:30 PM
Lelaki lemas mandi di Pantai Tanjung Tokong

GEORGE TOWN, 6 OKT: Seorang lelaki ditemukan lemas ketika mandi di Pantai Tanjung Tokong hari ini.

Mayat A. Sekar, 44, ditemukan terdampar di atas batu, kira-kira 50 meter dari persisiran pantai pada 6.34 petang.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut Supt Lee Swee Sake berkata berdasarkan siasatan, Sekar yang merupakan penduduk tempatan datang ke pantai terbabit untuk mandi bersama seorang rakan.

"Mangsa dikatakan berenang ke arah sebuah batu dan tidak balik ke pantai sebelum mayatnya ditemukan terdampar di situ.

“Mangsa dibawa ke darat oleh pasukan bomba dan kemudian disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang berada di lokasi,” katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.

Beliau berkata mayat dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.

-- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.