ad
AGENDA

Rakyat Malaysia dibawa keluar dari Lubnan selamat tiba di tanah air

6 Okt 2024, 3:26 AM
Rakyat Malaysia dibawa keluar dari Lubnan selamat tiba di tanah air

KUALA LUMPUR, 6 OKT: Kementerian Luar mengesahkan enam orang daripada satu keluarga rakyat Malaysia selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini dari Lubnan.

Dalam kemas kini terbaharu mengenai pemindahan rakyat Malaysia dari Lubnan, Kementerian Luar berkata enam orang lagi dijadual tiba di Malaysia malam ini.

"Ini menjadikan jumlah rakyat Malaysia dan ahli keluarga yang berjaya dibawa keluar dari Lubnan dalam tempoh dua hari lalu seramai 17 orang," menurutnya dalam satu kenyataan.

Walaupun keadaan semakin mencabar di Lubnan, kementerian itu yang turut dikenali sebagai Wisma Putra berkata Kedutaan Besar Malaysia di Beirut berjaya mengaturkan penerbangan bagi semua baki rakyat Malaysia yang masih berada di Lubnan untuk pulang ke Malaysia.

"Mereka dijangka tiba di Malaysia secara berperingkat pada Isnin dan Selasa ini," menurut kenyataan itu.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.