ad
AGENDA

Hamas sahkan komander, ahli keluarga maut dalam serangan Israel

5 Okt 2024, 2:50 PM
Hamas sahkan komander, ahli keluarga maut dalam serangan Israel

BEIRUT, 5 OKT: Kumpulan Pejuang Palestin, Hamas pada Sabtu mengesahkan kematian seorang lagi komander mereka di Lubnan, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Saeed Atallah Ali terbunuh dalam serangan Israel ke atas Kem Pelarian Beddawi kira-kira lima kilometer di utara bandar pelabuhan Tripoli, menurut Hamas.

Agensi berita Lubnan NNA melaporkan bahawa isteri Ali dan dua anaknya turut terbunuh dalam serangan itu.

Sumber keselamatan Lubnan sebelum ini melaporkan bahawa sebuah dron telah menyerang sebuah pangsapuri di kem pelarian Palestin berhampiran Tripoli.

-- BERNAMA-dpa

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.