ad
AGENDA

Banjir: Jumlah mangsa di Selangor, Perak meningkat takat 8 malam

5 Okt 2024, 2:15 PM
Banjir: Jumlah mangsa di Selangor, Perak meningkat takat 8 malam

KUALA LUMPUR, 5 OKT: Jumlah mangsa banjir di Selangor dan Perak menunjukkan peningkatan dengan satu lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Perak setakat 8 malam tadi.

Di SELANGOR, sebanyak 975 orang daripada 232 keluarga berlindung di enam PPS berbanding 960 orang petang tadi.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kesemua mereka adalah penduduk di Shah Alam, Gombak dan Kuala Selangor.

Di PERAK, sebanyak 136 orang ditempatkan di empat PPS di Taiping dan Kerian malam ini berbanding 121 orang petang tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) menerusi kenyataan memaklumkan PPS terbaharu dibuka ialah Sekolah Kebangsaan Parit Haji Aman, Bagan Serai yang menempatkan 28 orang daripada sembilan keluarga dari Kampung Air Itam 2 Kiri.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pula memaklumkan pada malam ini semua daerah di Perak diramalkan mengalami hujan lebat dan ribut petir.

-- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.