ad
AGENSI

Peniaga rebut sertai Ekspo Usahawan Selangor, perluas pasaran di Lembah Klang

5 Okt 2024, 2:00 PM
Peniaga rebut sertai Ekspo Usahawan Selangor, perluas pasaran di Lembah Klang
Peniaga rebut sertai Ekspo Usahawan Selangor, perluas pasaran di Lembah Klang
Peniaga rebut sertai Ekspo Usahawan Selangor, perluas pasaran di Lembah Klang

SHAH ALAM, 5 OKT: Qidot Cafe yang menjual pelbagai jenis makanan mengagihkan 1,500 baucar bernilai RM2 kepada pengunjung Ekspo Usahawan Selangor (SELBIZ) 2024.

Pengasasnya Jehan Ja’afar berkata inisiatif melibatkan peruntukan berjumlah RM3,000 itu antara usaha menarik lebih ramai pelanggan sekali gus mempromosi jenama cafe.

“Ekspo berlangsung tiga hari. Setiap hari kami agihkan 500 baucar. Pelanggan boleh menebus nilai RM2 di setiap pembelian. Selain dapat mempromosi kafe kami, ini dapat membantu pelanggan mengurangkan kos belanja,” katanya kepada SelangorKini.

Jehan, 36, berkata susulan keuntungan dicatatkan pada SELBIZ tahun lalu, beliau mengambil keputusan untuk menyertai lagi ekspo tahun ini dengan skala lebih besar.

“Tahun lepas kami tiada penngalaman tetapi tetap mendatangkan untung. Kali ini kami bawa produk yang selalu mendapat permintaan supaya Qidot Cafe menjadi pilihan ramai.

“SELBIZ menjadi rebutan ramai usahawan kerana sangat membantu perluaskan produk mereka. Saya seru usahawan terutama yang baru berkecimpung untuk merebut peluang termasuk menimba ilmu dari Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor,” katanya.

[caption id="attachment_666554" align="aligncenter" width="700"] Pemilik Qidot.Co Jehan Ja'afar ketika Ekspo Usahawan Selangor (SELBIZ) di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC), Shah Alam pada 5 Oktober 2024. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

Sementara itu pemilik Effa Maruku Crunchy yang bertapak di Kelantan, memanfaatkan penganjuran program dengan mencari ramai agen jualan produknya.

“Saya teruja sertai ekspo usahawan anjuran Selangor. Perniagaan kami lebih tertumpu di Kelantan. Jadi sepanjang ekspo kami cuba mencari penjual sekitar Lembah Klang.

“Menariknya maruku ini adalah dibuat secara manual. Sekarang ramai menggunakan mesin tetapi kami masih menggunakan cara lama untuk mengekalkan kerangupan,” kata Noor Effawati Johar.

SELBIZ 2024 berlangsung tiga hari hingga esok di Pusat Konvensyen Setia City. Bertemakan ‘Melangkah Lebih Jauh’, ekspo memasuki penganjuran ketiga itu turut disertai vendor dan pempamer Indonesia.

Ekspo itu turut  diserikan aktiviti menarik antaranya pemeriksaan kesihatan percuma, sesi ramah mesra bersama pemain Selangor FC, persembahan silap mata, zoo mini dan pertandingan papan luncur.

Malam ini, pengunjung juga berpeluang menyaksikan persembahan artis popular antaranya Hael Husaini, Syamel, Akim Majistret, Sarah Suhairi dan 6ixth Sense.

[caption id="attachment_666555" align="aligncenter" width="700"] Pemilik Effa Maruku Crunchy Noor Effawati Joha bersama produknya ketika Ekspo Usahawan Selangor (SELBIZ) di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC), Shah Alam pada 5 Oktober 2024. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.