ad
AGENDA

Polis siasat dakwaan kes buli sekolah asrama penuh di KL

5 Okt 2024, 12:16 PM
Polis siasat dakwaan kes buli sekolah asrama penuh di KL

KUALA LUMPUR, 5 OKT: Polis sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan berlaku kejadian buli membabitkan anak seorang penyanyi dan beberapa individu lain di sebuah sekolah berasrama penuh di ibu negara.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Sulizmie Affendy Sulaiman berkata setakat ini pihaknya menerima lima laporan berhubung isu terbabit.

“Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan kita sudah merakam keterangan mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Media hari ini melaporkan seorang penyanyi berumur 51 tahun mendedahkan anak lelakinya berusia 14 tahun dibuli dan kesal dengan tindakan pihak sekolah yang didakwa bukan sahaja tidak peka, malah tiada tindakan terhadap masalah buli di sekolah berkenaan.

Selain itu, terdapat ibu bapa lain di sekolah sama mendedahkan anak mereka dibuli enam pelajar di institusi terbabit sejak akhir tahun lepas hingga kini.

-- BERNAMA

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.