ad
AGENDA

Kilang perabot dua tingkat di Petaling Jaya hangus dijilat api

5 Okt 2024, 12:19 AM
Kilang perabot dua tingkat di Petaling Jaya hangus dijilat api

KUALA LUMPUR, 5 OKT: Sebuah kilang perabot dua tingkat di Petaling Jaya musnah dalam kebakaran yang berlaku malam tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor dalam kenyataan memaklumkan premis yang berkeluasan 2,000 kaki persegi itu 90 peratus musnah selepas kebakaran berjaya dikawal.

“Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) yang terlibat ialah BBP Petaling Jaya dibantu oleh BBP Damansara, BBP Penchala, BBP Puchong, BBP Subang Jaya dan BBP Serdang,” menurut kenyataan itu.

Sebanyak 44 anggota dan 14 jentera dikerahkan ke lokasi selepas menerima panggilan pada 10.46 malam dan kebakaran terkawal pada 11.30 malam.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.