ad
AGENSI

40 sukarelawan Team Selangor bersih sisa banjir di Sungai Tua

4 Okt 2024, 9:03 AM
40 sukarelawan Team Selangor bersih sisa banjir di Sungai Tua
40 sukarelawan Team Selangor bersih sisa banjir di Sungai Tua

SHAH ALAM, 4 OKT: Seramai 40 sukarelawan Team Selangor turun padang membersih tiga lokasi terjejas banjir di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua hari ini.

Pegawai komunitinya berkata aktiviti tertumpu di Rumah Warga Emas Selangor Chesire Home membabitkan 20 sukarelawan, Dewan Terbuka Kampung Sungai Kertas (10) dan Tabika Kemas Kampung Sungai Tua Baru (10).

“Aktiviti bermula jam 9 pagi dan berakhir jam 3 petang. Pembersihan tertumpu mencuci di dalam dan luar lokasi yang dipenuhi lumpur akibat bah.

“Team Selangor juga membantu mengumpulkan dan membuang barangan yang rosak seperti toto, tilam, meja serta kerusi,” kata Wan Mohd Hazman Wan Ibrahim ketika dihubungi.

[caption id="attachment_666419" align="alignnone" width="791"] Sukarelawan Team Selangor membersih lokasi terjejas banjir di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua pada 4 Oktober 2024. Foto Facebook Team Selangor[/caption]

Terdahulu, Dato’ Menteri Besar meminta semua pihak bersiap siaga dengan sebarang kemungkinan banjir berikutan Selangor ketika ini sedang mengalami fasa peralihan Monsun Timur Laut.

Dato’ Seri Amirudin Shari yang juga ahli Parlimen Gombak dan wakil rakyat DUN Sungai Tua memaklumkan beliau turut bergegas ke beberapa kawasan terjejas malam tadi susulan laporan banjir kilat.

Setakat malam tadi, sejumlah 1,968 mangsa melibatkan 480 keluarga dipindahkan ke enam PPS berikutan banjir di Petaling, Gombak dan Kuala Selangor.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.