ad
BERITA UTAMA

EXCO: 466 peserta karnival kerjaya di lima daerah diterima kerja 

4 Okt 2024, 6:00 AM
EXCO: 466 peserta karnival kerjaya di lima daerah diterima kerja 
EXCO: 466 peserta karnival kerjaya di lima daerah diterima kerja 
EXCO: 466 peserta karnival kerjaya di lima daerah diterima kerja 

SHAH ALAM, 4 OKT: Seramai 466 peserta Jelajah Jobcare Selangor di lima daerah diterima kerja sejak karnival kerjaya itu berlangsung Jun lalu.

EXCO sumber manusia berkata pencapaian ini mencerminkan keberkesanan inisiatif Kerajaan Negeri dalam membantu pencari kerja mendapatkan pekerjaan dengan lebih pantas.

[caption id="attachment_629116" align="aligncenter" width="812"] EXCO Sumber Manusia V Papparaidu. Foto Pejabat EXCO Sumber Manusia[/caption]

“Program ini menjadi sebahagian daripada usaha Kerajaan Negeri dalam memperkukuh peluang pekerjaan bagi rakyat negeri ini.

“Karnival ini akan diteruskan di daerah Klang esok. Orang ramai digalakkan hadir dan memanfaatkan peluang ini,” kata V Papparaidu ketika dihubungi

Menurut beliau, karnival kerjaya sama diteruskan di Dewan Hamzah, Klang, esok yang menampilkan syarikat dari pelbagai industri.

“Peserta digalakkan untuk membawa salinan resume mereka dan bersedia untuk menjalani sesi temu duga segera.

“Selain itu, terdapat kaunter khas yang menyediakan bimbingan bagi memperbaiki resume,” katanya.

[caption id="attachment_658250" align="aligncenter" width="813"] EXCO Sumber Manusia V Papparaidu (kanan) menyantuni orang ramai dalam Karnival Kerjaya Jobcare Selangor 2024 di Dewan Perbandaran MPAJ, Pandan Indah, Ampang pada 17 Ogos 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Sebelum ini, V Papparaidu memaklumkan kira-kira 35,000 peluang pekerjaan ditawarkan dalam Jelajah JobCare Selangor berlangsung di sembilan daerah.

Lima siri jelajah selesai diadakan di Hulu Selangor pada 29 Jun, Petaling Jaya (17 Julai), Kuala Langat (10 Ogos), Hulu Langat (17 Ogos) dan Gombak (21 September).

Program akan diteruskan di Dewan Hamzah Klang (5 Oktober) dan Dewan Dato’ Penggawa Permatang, Kuala Selangor (19 Oktober).

Daerah lain, Dewan Komuniti Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang (16 November) dan Dewan Tun Razak, Sabak Bernam (14 Disember).

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.