ad
AGENSI

Yayasan MBI peruntuk RM50,000 bantu mangsa banjir di lapan PPS

4 Okt 2024, 4:00 AM
Yayasan MBI peruntuk RM50,000 bantu mangsa banjir di lapan PPS
Yayasan MBI peruntuk RM50,000 bantu mangsa banjir di lapan PPS
Yayasan MBI peruntuk RM50,000 bantu mangsa banjir di lapan PPS

SHAH ALAM, 4 OKT: Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI memperuntuk RM50,000 bagi membantu mangsa banjir di lapan pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka sejak malam tadi.

Ketuanya Ahmad Azri Zainal Nor berkata antara bantuan diagihkan termasuklah makanan kering, tuala wanita, lampin pakai buang, air mineral, toto dan pemanas air.

[caption id="attachment_661852" align="aligncenter" width="776"] Ketua Yayasan MBI Ahmad Azri Zainal Nor bercakap kepada media selepas Majlis Perasmian Program Selangor 1000 Digital bagi Siri 4 Hulu Langat di Dewan Seri Chempaka, Kajang pada 5 Ogos 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

"Untuk permulaan, kita telah agihkan bantuan ke Dewan MBSA Seri Pagi, Kampung Paya Jaras semalam dan kini sedang aturkan ke tujuh lagi PPS dengan jumlah keseluruhan lebih 1,000 mangsa.

"Bagi bantuan kali ini, ada tambahan pemanas air kerana mangsa memaklumkan memerlukan peralatan tersebut. MBI sentiasa mencuba untuk membantu dengan menghantar keperluan untuk keselesaan sepanjang di PPS," katanya ketika dihubungi.

Mengulas lanjut, Ahmad Azri memaklumkan pihaknya bekerjasama dengan pusat khidmat masyarakat Dewan Undangan Negeri terlibat dan ketua kampung untuk serahan bantuan wang ihsan kepada semua mangsa.

"Kita memang ada bantuan tambahan selepas banjir iaitu pemberian wang ihsan RM500 kepada mangsa di PPS. Mangsa banjir perlu lengkapkan dokumen seperti laporan polis dan sekiranya lengkap akan menerima bantuan dalam tempoh dua minggu," katanya.

[caption id="attachment_666345" align="aligncenter" width="809"] Dato' Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bergegas meninjau lokasi dinaiki air sejurus menerima berita beberapa kawasan sekitar Dewan Undangan Negeri Sungai Tua dilanda banjir kilat pada 3 November 2024. Foto Facebook Amirudin Shari[/caption]

Setakat 8 pagi tadi, sejumlah 1,257 mangsa melibatkan 311 keluarga dipindahkan ke lapan PPS susulan banjir melanda daerah Petaling, Gombak dan Kuala Selangor

Berikut lapan PPS yang dibuka:

  • Dewan MBSA Seri Pagi, Paya Jaras Tengah
  • Dewan Kenanga, PDT Petaling
  • Dewan MBSA Seri Siantan, Kampung Melayu Subang
  • Dewan MBSA Bunga Matahari
  • Dewan MPS Seri Kundang
  • Dewan Masyarakat Kampung Gombak, Kuang
  • Balai Raya Kampung Melayu Sri Kundang
  • Sekolah Kebangsaan Desa Aman

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.