ad
BERITA UTAMA

Bantu tingkat jualan, Selangor sasar 50,000 peniaga sertai PLATS menjelang 2026

4 Okt 2024, 12:00 AM
Bantu tingkat jualan, Selangor sasar 50,000 peniaga sertai PLATS menjelang 2026
Bantu tingkat jualan, Selangor sasar 50,000 peniaga sertai PLATS menjelang 2026
Bantu tingkat jualan, Selangor sasar 50,000 peniaga sertai PLATS menjelang 2026
Bantu tingkat jualan, Selangor sasar 50,000 peniaga sertai PLATS menjelang 2026

GOMBAK, 4 OKT: Seramai 50,000 peniaga disasar menyertai Platform Selangor (PLATS) menjelang 2026, inisiatif Kerajaan Negeri membantu mereka meningkatkan jualan.

Dato’ Menteri Besar berkata setakat ini, platform yang diperkenal sejak 2020 susulan penularan pandemik Covid-19 sudah disertai lebih 40,000 peniaga.

[caption id="attachment_666336" align="aligncenter" width="812"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berucap pada majlis penutup Selangor 1000 Digital Siri 5 di Hotel Mercure Selayang pada 3 Oktober 2024. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Menerusi platform ini, Kerajaan Negeri dapat bantu mereka mempromosi dan memperkenalkan produk jualan terutama makanan kepada orang awam.

“Kita bukan hanya bantu peniaga beralih ke perniagaan digital sebaliknya turut tingkatkan ilmu perniagaan seiring dengan peredaran teknologi moden,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari.

Beliau ditemui ketika merasmikan program Selangor 1000 Digital siri ke lima (akhir) anjuran Perbadanan Teknologi Maklumat Ekonomi Digital Selangor di Hotel Mercure, di sini hari ini.

[caption id="attachment_617609" align="aligncenter" width="814"] Pengunjung mengimbas kod QR Platform Selangor (PLATS) untuk menebus RM5 yang diberi percuma kepada pengunjung ketika program Plats Masuk Pasar di pasar malam Setia Taipan, Shah Alam pada 7 Disember 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Mula diperkenal pada Ramadan 2020, PLATS bertujuan melengkapkan ekosistem Agenda Digitalisasi Selangor dan setahun kemudian, PLATS 2.0 dilancar bagi membantu peniaga menjana pendapatan sepanjang masa.

Platform maya siri 3.0 itu diteruskan pada April 2022 melibatkan kerjasama Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dan Rakan Digital Selangor (RDS).

[caption id="attachment_617594" align="aligncenter" width="812"] EXCO Pembangunan Keusahawanan Najwan Halimi menunjukkan minuman yang dibeli menggunakan imbasan kod QR Platform Selangor (PLATS) ketika meninjau program PLATS Masuk Pasar di pasar malam Setia Taipan, Shah Alam pada 7 Disember 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.