ad
AGENDA

Bayi dua bulan alami pendarahan dalam kepala, polis buka kertas siasatan

3 Okt 2024, 12:51 PM
Bayi dua bulan alami pendarahan dalam kepala, polis buka kertas siasatan

ISKANDAR PUTERI, 3 OKT: Polis mengesahkan menerima laporan mengenai seorang bayi perempuan berusia dua bulan berada dalam keadaan lemah dan cedera ketika diambil oleh ibunya dari rumah pengasuh pada 4 Sept lepas.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP M Kumarasan berkata laporan telah dibuat oleh ibu mangsa di Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri pada kira-kira 1.30 pagi, keesokannya.

Beliau berkata susulan itu, bayi tersebut telah dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru dan hasil mesin imbasan tomografi berkomputer (CT scan) mendapati mangsa mengalami pendarahan dalaman di kepala.

“Bayi itu masih dirawat di hospital. Bagaimanapun, belum ada sebarang tangkapan dilakukan dan kes masih dalam siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kumarasan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(A) Akta Kanak-kanak 2001.

Beliau berkata sebarang maklumat boleh disalurkan ke mana-mana balai polis berhampiran atau ke pusat kawalan daerah Iskandar Puteri di talian 07-5113622 atau hotline di 07-5114222.

-- BERNAMA

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.