HULU LANGAT, 3 OKT: Kerajaan Negeri memperuntuk RM80 juta untuk membaik pulih cerun runtuh di Jalan Genting Peras, susulan kejadian banjir besar pada 2021.
Laluan berkenaan menghubungkan daerah Hulu Langat, Selangor dengan Jelebu, Negeri Sembilan.
EXCO infrastruktur berkata proses memperkukuhkan sembilan cerun berisiko telah mencapai 36 peratus dan dijangka siap sepenuhnya pada Disember ini.
“Kerajaan Persekutuan turut menyalur RM4 juta manakala RM80 juta oleh negeri menjadikan jumlah keseluruhan RM84 juta.
“Setakat ini, 36 peratus kerja baik pulih cerun di laluan B32 Jalan Genting Peras telah dilaksanakan, melebihi dua peratus mengikut jadual,” kata Ir Izham Hashim kepada pemberita selepas meninjau kerja baik pulih cerun hari ini.
[caption id="attachment_666227" align="aligncenter" width="700"] EXCO Infrastruktur Ir Izham Hashim mendengar taklimat mengenai kerja membaik pulih cerun di Jalan Genting Peras, Hulu Langat pada 3 Oktober 2024. Foto ELYANA NATASHA MOHD ZAIDI/MEDIA SELANGOR[/caption]
Beliau berkata jalan yang ditutup sejak Disember 2021 dibaiki menggunakan kaedah paku tanah (soil nail) dan 'flexible facing' oleh Infrasel Sdn Bhd.
“88 cerun dikenal pasti runtuh disebabkan fenomena hujan melampau pada 2021. Maknanya apabila hujan terlalu lebat, anak sungai dalam hutan sekitar kawasan ini akan mengalir turun ke pokok menyebabkan cerun runtuh.
“Kita akan pantau sepanjang kerja baik pulih untuk memastikan keselamatan pengguna terpelihara memandangkan ada yang melalui jalan ini untuk aktiviti berbasikal,” jelasnya.
Pada 19 Disember 2021, kejadian tanah runtuh berlaku di Jalan Genting Peras-Jelebu hingga menyebabkan laluan kedua arah terhalang. Kejadian itu berlaku berhampiran sempadan dengan daerah Hulu Langat, Selangor.
[caption id="attachment_666224" align="aligncenter" width="698"] EXCO Infrastruktur Ir Izham Hashim meninjau kerja membaik pulih cerun di Jalan Genting Peras, Hulu Langat pada 3 Oktober 2024. Foto ELYANA NATASHA MOHD ZAIDI/MEDIA SELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_666228" align="aligncenter" width="700"] Pekerja menjalankan kerja membaik pulih cerun di Jalan Genting Peras, Hulu Langat pada 3 Oktober 2024. Foto ELYANA NATASHA MOHD ZAIDI/MEDIA SELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_666229" align="aligncenter" width="698"] Pekerja sedang menjalankan kerja membaik pulih cerun di Jalan Genting Peras, Hulu Langat pada 3 Oktober 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR[/caption]