SHAH ALAM, 3 OKT: Peserta Talaqqi Kitab Turath Islami berharap siri pengajian kitab bersama ulama diteruskan sebagai majlis ilmu tahunan.
Nur Dhaniyah Azhar, 25, yang hadir bersama ibunya ke kuliah duha hari ini mengakui siri talaqi itu banyak memberi ilmu yang menjadi pedoman untuk orang muda.
“Inisiatif Kerajaan Negeri ini sangat bagus dengan menjemput ulama tokoh terkemuka, bukan mudah untuk kita jumpa mereka. Bagi saya inilah peluang terutama buat orang muda untuk menambah ilmu.
[caption id="attachment_666196" align="alignleft" width="393"] Nur Dhaniyah Azhar. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]
“Saya cadang penganjur adakan pelbagai lagi aktiviti yang mampu untuk menarik lebih ramai golongan muda sertai siri talaqi ini pada masa hadapan,” katanya.
Pesara Azman Sinnan, 60, berkata beliau sanggup datang dari Klang tiga hari berturut-turut untuk mendengar kupasan kitab Ihya’ Ulumuddin dan Mawaqif Al-Marjan yang disampaikan tokoh ulama Pattani Baba Ismail Sepanjang Al-Fathoni.
“Saya hadir sesi duha selama tiga hari berturut-turut. Alhamdulillah banyak ilmu yang sapa dapat. Cara penyampaian ilmu Baba Ismail mudah difahami.
"Cadangan saya kepada penganjur supaya jemput Baba Ismail datang lebih kerap. Saya berharap Kerajaan Negeri menjadikannya sebagai acara wajib pada setiap tahun,” katanya.
[caption id="attachment_666195" align="alignright" width="393"] Azman Sinnan. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]
Program mengupas karya ulama ulung berlangsung di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 1 hingga 3 Oktober.
Majlis ilmu itu anjuran bersama Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE), Pejabat Dato’ Menteri Besar, Media Selangor Sdn Bhd, Akademi Pemikiran Turath dan masjid negeri.
Kerajaan Negeri turut menganjurkan Festival Turath Islami Selangor kali kedua tahun ini pada 26 Mei hingga 2 Jun lepas. Program itu menampilkan bekas Mufti Besar Mesir Syeikh Professor Dr Ali Jum’ah yang mengupas Kitab Hadis 40 Imam Nawawi.
Festival itu turut mengadakan Pameran Al-Wahyu yang mempamerkan kitab dari Pusat Kebangsaan Manuskrip Melayu, Perpustakaan Negara Malaysia dan koleksi individu.