ad
AGENSI

Permohonan bantuan masuk sekolah Yawas dibuka esok, terhad 1,000 terawal

3 Okt 2024, 6:00 AM
Permohonan bantuan masuk sekolah Yawas dibuka esok, terhad 1,000 terawal
Permohonan bantuan masuk sekolah Yawas dibuka esok, terhad 1,000 terawal

SHAH ALAM, 3 OKT: Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) membuka permohonan Program Bantuan Masuk Sekolah Yawas 2025 kepada 1,000 pemohon terawal bermula esok sehingga kuota penuh.

Agensi itu memaklumkan permohonan dibuka sempena penganjuran Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) 2024 yang dijadual berlangsung November di Pusat Konvensyen Setia City, di sini.

“Bantuan disediakan adalah beg sekolah, set alat tulis, bekas makanan, botol air, pensil warna dan buku nota.

“Ibu, bapa dan penjaga yang layak mengikut terma dan syarat dipelawa memohon bantuan yang disediakan bagi sesi persekolahan 2025,” katanya di Facebook.

Yawas memaklumkan permohonan perlu dibuat melalui aplikasi Yawas dan penebusan bagi yang layak boleh dibuat di reruai Yawas di SIBF 2024 pada 28 November hingga 3 Disember.

Berikut syarat-syarat permohonan:

  • anak lahir di Selangor bermula 2018 - 2021
  • pendapatan isi rumah bawah RM5,000
  • menetap di Selangor
  • ibu bapa pengundi Selangor
  • tidak pernah terima bantuan beg sekolah Yawas
  • pemohon bukan ahli Tabung Warisan Anak Selangor

Sebelum ini, Ketua bahagian korporat Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor Zafrullah Aris memaklumkan lebih 300,000 pengunjung dijangka menghadiri SIBF 2024 yang dijadual kembali membuka tirainya pada 27 November.

Menurutnya pesta sehingga 3 Disember itu turut menyediakan pelbagai aktiviti menarik termasuk cabutan bertuah selain pengunjung juga berpeluang bertemu sasterawan negara sepanjang tujuh hari penganjuran.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.