ad
AGENDA

Banjir di Kedah pulih sepenuhnya, PPS terakhir ditutup

3 Okt 2024, 4:59 AM
Banjir di Kedah pulih sepenuhnya, PPS terakhir ditutup

ALOR SETAR, 3 OKT: Banjir di Kedah pulih sepenuhnya dan pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir ditutup hari ini.

Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Mejar (PA) Mohd Suhaimi Mohd Zain berkata PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Alor Merah di daerah Kota Setar yang dibuka pada 29 Sept lepas ditutup pada pukul 9.30 pagi tadi.

"PPS itu sebelum ini menempatkan 89 orang daripada 25 keluarga setakat 8 pagi tadi, ditutup selepas semua mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing berikutan air telah surut sepenuhnya," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

-BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.