ad
BERITA UTAMA

MBSJ siap siaga hadapi bah, sedia lebih 25 aset dan kelengkapan

3 Okt 2024, 2:00 AM
MBSJ siap siaga hadapi bah, sedia lebih 25 aset dan kelengkapan
MBSJ siap siaga hadapi bah, sedia lebih 25 aset dan kelengkapan

SUBANG JAYA, 3 OKT: Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) merancang dan melaksana beberapa persiapan bagi menghadapi ketibaan Monsun Timur Laut

Timbalan Datuk Bandarnya Zulkurnain Che Ali berkata lebih 25 aset kenderaan disediakan antaranya bot penyelamat, kenderaan pacuan empat roda, lori, van, bas dan lori RORO.

“MBSJ turut memperkemas dan memeriksa logistik merangkumi jentera, bot penyelamat, khemah dan pelbagai peralatan termasuk pusat pemindahan sementara (PPS) sekiranya berlaku sebarang bencana.

[caption id="attachment_666021" align="alignleft" width="390"]
Timbalan Datuk Bandar Subang Jaya, Mohd Zulkurnain Che Ali [/caption]

“Saya percaya dengan segala persiapan yang telah atau sedang dilaksana akan menambahkan lagi daya tahan bandaraya dan daya tahan penduduk dalam mendepani kemungkinan bencana berlaku di bandar raya Subang Jaya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Bengkel Pelan Strategik Operasi Bantuan Kecemasan dan Bencana MBSJ 2.0 - Memperkasa Persiapan Hadapi Monsun Timur Laut 2024 di Dewan Serbaguna MBSJ Puchong Indah di sini semalam.

Menurut Zulkurnain, setakat ini sebanyak 60 PPS dikenal pasti meliputi sekolah, masjid, dewan serbaguna di sekitar Subang Jaya.

“Kita turut melaksanakan kempen kesedaran bahaya bencana terhadap komuniti terkesan di kawasan berisiko bencana,” katanya.

Sekiranya terdapat sebarang aduan kecemasan atau memerlukan bantuan segera orang awam diminta hubungi Pusat Panggilan MBSJ / Pasukan PANTAS menerusi talian 03-8024 7700.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.