ad
AGENDA

Banjir di Kedah hampir pulih, 117 orang ditempatkan di satu PPS

2 Okt 2024, 10:09 AM
Banjir di Kedah hampir pulih, 117 orang ditempatkan di satu PPS

ALOR SETAR, 2 OKT: Banjir di Kedah semakin pulih apabila jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) menurun kepada 117 orang daripada 34 keluarga setakat 4 petang ini berbanding 633 orang daripada 212 keluarga, pagi tadi.

Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Mej (PA) Mohd Suhaimi Mohd Zain berkata hanya satu PPS masih beroperasi iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Alor Merah di daerah Kota Setar.

“PPS SMK Alor Merah yang dibuka sejak 29 September lalu masih beroperasi kerana terdapat mangsa yang belum boleh pulang ke rumah masing-masing berikutan air belum surut sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, laman web Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memaklumkan tiada sungai di negeri ini melepasi paras bahaya, hanya Sungai Anak Bukit di Jambatan TAR dan Sungai Kedah di Jambatan Lebuhraya, Kota Setar melepasi tahap amaran.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.