ad
AGENSI

Fenomena air pasang besar bermula hari ini, 5.8 meter bacaan tertinggi

2 Okt 2024, 8:28 AM
Fenomena air pasang besar bermula hari ini, 5.8 meter bacaan tertinggi
Fenomena air pasang besar bermula hari ini, 5.8 meter bacaan tertinggi

SHAH ALAM, 2 OKT: Fenomena air pasang besar di Selangor dijangka mencatat bacaan paras air laut 5.8 meter, tertinggi bagi tahun ini.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri menerusi Facebook memaklumkan keadaan itu dijangka berlaku selama 12 hari, bermula hari ini.

“Esok (3 Oktober) sehingga 5 Oktober, bacaan paras air laut dijangka setinggi 5.2 meter antara jam 6 hingga 7 pagi, dan pada 6 Oktober bacaan paras air laut setinggi 5.1 meter pada jam 7.35 pagi.

“Fenomena air pasang besar kembali pada 16 Oktober dengan jangkaan paras air laut setinggi 5.4 meter jam 4.53 pagi, diikuti 17 Oktober dengan paras air laut 5.7 meter jam 5.38 pagi dan 5.1 meter jam 5.51 petang,” katanya menerusi infografik.

Menurut JPS negeri, bacaan paras air laut tertinggi direkodkan 5.8 meter jam 6.17 pagi dan 5.2 meter jam 6.36 petang pada 18 Oktober, diikuti 5.7 meter jam 6.54 pagi dan 5.2 meter jam 7.15 petang pada keesokan harinya.

Tambahnya, pada 20 Oktober bacaan paras air laut dijangka 5.5 meter jam 7.29 pagi dan 5 meter jam 7.52 petang, dengan keesokannya bacaan paras air laut setinggi 5.1 meter jam 8.03 pagi.

“Fenomena air pasang besar diramal berakhir pada 31 Oktober dengan bacaan paras air laut 5.1 meter jam 5.08 pagi,” katanya.

[caption id="attachment_666029" align="aligncenter" width="1310"] Jadual air pasang besar bagi Oktober 2024. Foto Facebook Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.