ad
AGENSI

Gombak antara tiga daerah diramal hujan lebat hingga 5 petang

2 Okt 2024, 7:34 AM
Gombak antara tiga daerah diramal hujan lebat hingga 5 petang

SHAH ALAM, 2 OKT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda daerah Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat hingga 5 petang.

Cuaca hujan disertai ribut petir juga diramal berlaku di seluruh Melaka dan Pulau Pinang selain beberapa kawasan di Kedah, Perak, Kelantan, Terangganu, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah.

MetMalaysia memaklumkan di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.